Tuesday, April 05, 2016

HONG KONG DAY 2 - HK DISNEYLAND

No comments :

Amboii kemain liat nya nak ngabihkan entry HK ni haaa..
Bajet mcm orang tertunggu2 sangat ni. hahaha.
Merempan2 i nk nyudahkan.
Padahal update blog je pun kan???
Amacam??dah 2 bulan lebih berlalu..
Agak2 relevant lagi tak cete HK ni ha??
hahahha. gasak lah kan..i nak save tuk my memorial je pun kan.. 

Bismillah.

HK day 2.
Before tu, i nk declare...
Sweater mmg i pakai yg i beli smlm.
I pakai balik. Yela ko,tak kesior i nak beli kemain byk sweater.
Wat berat beg je!!
Tapi dalam dia, i tukar2 baju taw.
Kat sini tak merasa nak becak ketiak ke apa...
Sbb cuaca sangat sejuk and windy....
So i mmg mcm orang sehat je berjalan..steady je...
Alhamdulillah..

Ok sambung....
Mmg dalam itinerary(lah sangat!! padehal plan2 gitu je..huhu) kami akan ke Disneyland.
So pagi2 bangun, bfast siap2.
And tanya kat orang...cemana yg senang nak p Disneyland?
Kalau naik cab mmg senang. But will cost us about HKD250(RM130.00).
Dia suggest kami naik MTR je.
Suami tanya I..takut I letih je.
Eh tadek hal.. cuaca sejuk2 ceni, tadek risau kebanjiran peluh ke apa kan.
Kita jalan la pelan2.

:: Selpiaq sehenjut jap.. :p ::

:: Eh lagi sekali lahh..hahhaa. ni kat cermin besar dalam bilik.. :: 

 
:: So jom kita menapak to MTR Station. Tak jauh pun dari hotel. Dalam 5-7 minit camtu je.. ::

:: Payung ni selain guna time hujan, i jadikan dia tongkat kalu kaki i sakit.. :: 

:: From Courtyard Marriot Hotel, This station paling nearby; Shek Mun Station. Nanti tgk maps MRT, study pelan2, baru beli tiket. 2-3 kali tukar train lah juga. Tapi everything run smoothly...  ::

  
:: Posing kat MTR map depa yg i suka sangat2 sbb senang and sgt efficient!! link colour tu mewakili laluan. Ada dlm 6-7 colours jg. Mean ada 6 jenis train. Cth mcm kat mesia, ada LRT STAR, PUTRA, MONOREL,KOMUTER. Gitu.... Tapi, kalau kat mesia, dia tadek beli 1 tiket leh guna tuk semua lrt. kena beli tiket asing2 kan?? kat sini, korang pilih je destination, terus bayar lump sum. Cuma kena tukar2 train je.tayah nak jolok2 kad, keluar. pastu terlari2 beli tiket lain..no no no. Kat sini,still kena keluar train, tapi dalam station yang sama, pilih laluan lain je tuk train lain. ada faham? bagusss.. boleh duduk sekarang. huhuh. ::

 :: NO WORD... ::
 
:: Suka pic2 santai cenggini ::
  
:: Kat tempat orang kann...::

:: Train sampai.. dalam train ni lah i shock sgt. sbb jmpe ramai orang pakai tudung which is indonesian people.. Haaa apalagi,amek kesempatan la tanya mcm2 kat diorang. Since diorang speak in malay and diorang dah lama duk HK... So i tanya mana tpt makan best yg halal, mana tpt soping best bla bla... Good2.. :: 

:: Ni last train kena amek to Disneyland. I ingat lagi, laluan train ni kaler oren. Satu2nya station kat laluan ni, Disneyland lah! Tgk pemaut tu gambar telinga mickey? ::

:: Ceromin dia pun mickey ::

:: Alamak ni pic time balik ni, sbb dah ada cekak minnie mouse tu atas pala yg i beli kat dalam Disneyland. Ahhh gasakkan...gambar dah lintang fukang.. pffftt ::

:: selamat sampai. tak la susah sangat naik MTR..jimattt bykk duit wey. MTR cost dlm RM40 for both of us. Instead of naik cab, jimat dlm RM80-90 jugaa... leh buat beli long champ imitation,dapat 2 ketul lagi kau! huhu ::

:: Entrance... mcm tak caya je sampai jg i kat Disneyland HK ni ha ::


:: Posing2 je lah kan.. ::

 :: Nora Danish.. ::

:: Tgk semuorang berebut2 pose kat sini, so jom la kita.. ::

  
:: Mickey tu atas skateboard air pancut ::

:: OK cukup. :: 

 
:: Kat entrance tu terus beli bendalah ni.. cekak ni berat jah oi..sbb dalam dia ada 2 ketul battery AAA... sbb malam2 leh ON for the cute light.. i dah cete dlm entry ni...  ::

:: Cik awe donde I.. ::

:: I wuz here!!! Disney castle!! 

:: layan game bodo2.. ::

:: Acut2 anje..nyampah.. ::

:: Eh byk plak pic ni haa.. :: 

and the rest, yang i tak letak caption tu layan je lah ye...





:: Lepastu ada show mickey and friendss.. I tak tau nama karakter bear ni apaa.. ::

:: NI kalau abam and auni jmpe ni, mau dia lari masuk line putih tu.. huhu ::

:: Orang ramai jg. tapi tak la crowded sangat... ::

:: Bas blkng tu yg bawa karakter2 disney.. ::

:: Disney castle.. ::

:: Tengah2 crowd yg bizi memasing nak beramasss mesre dgn Disney character. I? minat mmg minat...tapi tak kesiorrr nak berebut. I mengalah je la.. ::

:: Suami meng-kura2 je kat sana..kena bawa backpack isi mcm2 dalam tu.. ::
 
:: US::

:: Rahul & Anjali. Ammahhh!!::





:: Ni depan story telling giant book :: 

:: nampak ke idok buku gabaq kt blkang nunn?? ::

:: A few pic below, pemandangan dalam Disneyland. I captured masa i dalam train yg bawa kami tawwaf.::

:: Dalam teko tu ada tikus. Sat2 masuk.Sat2 kluar.. ::

:: Kids game. Takkan lah kami nak que sama2 dgn budak2 tu kan??atleast mak budak tu ada bawa budak... dah kalau aku kecik macam si Nana tu ha..boleh juga nyamar2 bdk darjah 4. ni sado kemain. acamne?? ::

:: Ni dalam train bergerak.tu lah.. dia bawa pusing2 satu disneyland. Since that abis dah round. kami tah kenapa not in the mood nak naik2 ride tu sesemer. Konsepnya, atleast dah sampai sini, cukup. Esok2 orang cete, tadek la ter-peghak2... ::

 
::  Dah turun train, dia pandang,dia pandang diaa... "Ni je?? Blah jom!", hahhaa... #APTB ::

:: dah bayar sampai HKD 600..kita posing jelah bang...abiskan Kodak.. huhu ::


Bye2 Disneyland...
Cemana tah i nak cete...
Sbb kan...I tak enjoy mana pun dalam ni. 
Hahhahhaa. Pelik pangai kan??
Yelah yg peginya si tua bangka 2 ketol ni haa..
bkn ada budak2? kat situ bykk gilerr menan budak2..
kalau bawa budak2 haa ye mmg happening.
Dgn karakter2 disney bersepah2...
Game comel2 sana sini..
I tahu ada ride tuk adult juga.
Tapi jenis horror sgt plak, mcm roller-coster in the dark etc..
We kenot lah joint kan. 2-2 kami ni kan special sket...
I dgn sakit I, suami i pun ada heart problem.
Kang dia keras atas roller coaster tu acanerr???
So kami pusing half round, posing2...
tak sampai 2 jam pun rasanya. dah keluar.
Orang lain kemain sampai beli 2 day pnya pass.
Kami? 2 jam je???  hahahaha. 

Ticket info for this year (2016):
Admission ticket for adult : HKD 539, kids HKD385, senior citizen HKD100.
Convert2 dlm RM300 juga la seketul.
So ko ghase?? berbaloi tak RM300 for 2hrs?
Tapi tadek hal laa..bkn selalu datang HK kan??
Sesekali sampai,kan? takleh nak regret ke hapa..
Kami pun lebih teruja nak explore HK Town instead of main2 dlm theme2 park ni.

Sebab lepas balik tu kami merayap pi town dia, kami pi Causeway Bay by MTR.
Causeway bay ni mcm area Lot 10,time square gitu.
Byk shopping complex...tuk golongan medium-higher.
Tapi..kat sini byk halal food ko!!
tak tentu arah nak pilih.
Tapi tulah. ada 2 jenis je la... jenis2 indian food or indonesian.
Malam tadi dah pekena indian.
So kita makan nasi padang plak..

:: Gigil2 nampak nasi lauk ayam berlado.. sayur ni bkn bayam tapi ada nama dia..i haram nak ingat.. and begedil. Lulusss bagi i sedapp sgt dah tu dpt nasi kat HK.. Ni i punya nasi.. ::

:: Husbnd try makan ikan kat sana..ikan japang nama dia.. suami i tak lalu sgt..hahhaha.dia kan kemain memilih bab makan.dia amek ikan n terung. i sua kan dia ayam sikit. baru dia makan.. i igt kalau si Ain J tu dtg HK, mau merudum berat badan dia... mmg tak mecing dgn tekak dia.. nasib kamu lah no'en oi.. huhu ::

:: Kat Malaysia ni tadek kot Minute maid green grape ceni??? dapppp... total makan dlm HKD 100. Mendapatlah... makan ceni pun sampai RM50++. :: 

:: dah kenyam, menggagau cari tempat solat. Sebaik jmpe sorang bibik indon muslim, dia bawa kami p solat kat MANDIRI. mandiri ni mcm banker indonesia. Solat la kat tengah2 orang ramai tu haa.. ::

:: Dah mcm kat indon time ni... semua orang indon, lupa dah ada kat HK... huhuh. Tu nampak suami i solat? kiri kanan dia orang pempuan. kalau tercuit sikit, mau batal solat. dah la tandas dia ada 1.. Wudhu' pun kat situ. Soang took about 5-10 minute. que kemain pjg... ko bygkan lahhh.. Time ni i off solat, so senang sikit. kalau tak, i takleh imagine cemana nak survive solat kat tgh2 orang ramai. ::

:: Kat causeway bay tak beli apapun..dpt beli keychain2 ni je... ::

Lepastu kami gerak to Tsim Sha Poi.
Uiiii exit2 je MTR terus nampak suasana ni..

:: haaa,,nampak??umah2 flat mcm dlm drama2 HongKong dulu2? Breaking Point?Soldier of fortune?police story?? igt tak?? yg lahir 80's??? ya Allah mcm tak caya sampai kat negara diorang. Baju2 senggayut2 ceni.nnt kungfu lompat2 guna buluh to seberang. hahah. tepi2 jalan tu ada kedai2.. murah2 juga!! ::

  
:: tp sbb bila dah malam gerai byk dah sibuk nak katup.. So i dapat rembat sepasang seluar bulus2 dua helai, baju tidur and 2 helai tshirt tuk dhani n fiya... pastu dah gelap.. Jd scary sikit. Ni i agak tempat orang kebanyakan ni... selekeh2 sikit ::

Since dah gelap, and dah penat keluar dari pagi...
Jom la kita balik..
Patut pegi THE PEAK, tapi tulah..
Kekangan masa.... 
The Peak ni cantik gila dengar nya.
Ala2 mcm fraser hill or bukit bendera gitu lah.
tapi cantik lagi lah kot.
Suami dah penah pegi dulu.
So sampai ke sudah lah i tak pegi pun THE PEAK tu...
tggu lah kot suami kena dtg HK lagi...
I redah kan aja sorang2.dulik!! huhu.

Malam dah penat sangat, tak fikir makan dah.
Lagipun td dah late lunch, nasi padang tu.
Cuma kat sana, kami byk layan susu pisang ni ha...

:: Bapak sedap ohooo hoiiiii... I selalu beli kat market bawah hotel. HKD15 for 2 kotak. lebih kurang RM7.50 for 2. Mean dlm RM3.25 sekotak. Dia mcm susu strawberry etc, tapi banana ni kan ada special taste sikit..mcm ada rasa essence vanilla kan? So lebih meletop pom pom.. :: 

:: Kat korea yg gelemer susu pisang ni kann? tp kat sana dlm botol kecik sontot tu.. ni sama juga from korea, tapi cemana tah feel yg dlm bottle tu lagi dap dap dap. I penah beli jg yg kat mesia punya. A bit pricey, and feel dia lain kot. Minum susu2 kat negara2 sejuk lebih ohsem! hahah. tak kena mengena :p ::  

:: Model tahun 2016 Binggrae Banana Milk.. :: 

:: 2nd drink yg kami layann sgt kat sini, C.C Lemon. Ala2 mcm air Sting energy yg kat mesia, tapi rasa lemon dia ringan, and gas dia tak kuat. Kat sana mostly budak2 remaja mesti bawa air ni , letak kat tepi beg. tu yg i nampak and i tiru beli,rasa. I kan remaja jugaaa.... ;) ::

Tips for 2nd day in Hong Kong :

1) Nak murah sikit, beli Disneyland ticket kat luar. Cuba cari internet. Ada dekat MTR2 station.
Nasihat I, kalau pegi dgn budak2, then OK masuk sini. If not, sekadar nak jalan2..tayah masuk pun takpe. Pegi je and duk je kat luar2 entrance tu pun dah ok. Dah feel2 disneyland..Dh ada je a few character disney kat area2 situ. dgn ada lagu2 mickey kat luar2 tu... cukup lah kan..
2) kalau nak rasa worth-it masuk disneyland, tidur lah kat resort area2 situ. Sbb malam2 ada fireworks show etc. So sangat berbaloi lah. Mcm kami yg stay in town, kena kejar transport balik hotel etc. Dah la tmpat orang, taleh la nak berani2 balik malam2 by public transport kan? And..pls study the Disneyland maps first .. Dia mcm Sunway Lagoon and theme2 park biasa laa..ada area2 ikut tema mcm tomorrow land, red indian, lilo&stitch bla bla. Then kena tgk showtime. Budget time betul2. So leh verify jenis game or  attraction place to go... so that, tak buang masa. leh terus tuju.
3) Belajar2 lah guna MTR. Jgn takut. Insyaallah takkan sesat. Sbb sangat efficient! Cab diorang mahal juga. Naik2 je dah kena HKD22. Lebih kurang RM13. Amekaw!
4) Jgn lupa bawa botol mineral kosong. Tandas tadek hose(getah paip) ok! 
5) Surau/masjid sgttt susah nak jmpe. Mmg kena solat kat tempat2 lapang etc. Kami aritu kebetulan je jmpe indon yg bawa kami g Mandiri. hari2 lain kami siap2 jama' kat hotel.
6) Nak beli souvenir, pegi MONGKOK ladies street k! Mmg senang, semua ada.  Walau tak la semurah mana.,tapi senang, berkumpul tuju situ je. Kat2 mongkok tu ada a few halal food restaurant..Senang sekali harung. tu tunggu next entry k.

Tu je aktiviti 2nd day @HK kami.
Cenggini2 je pun, menyantak dari ke pagi sampai malam juga jalannya!
Esknya(Isnin) suami nak kerja, so sian kat dia......
Alhamdulillah, pengalaman kat tempat orang. 



No comments :