Tuesday, December 22, 2015

KELLIE'S CASTLE & IPOH

4 comments :

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
HAHAHHAHA. giler popoyos.
Btw...Koang entry ni ala2 giler gelemer sikit taw..
panjangg lebarrr nyaaa..sbb i gabung a few entry jadi satu.
Senang sekali jalannn.
Setiba2 plak i nak fikir pasal perasaan engkorang apehal kan?
hehehehe.

1st Chapter : Kellie's Castle
 
I dah lama tingin nak mai sini.
Selalu baca geng2 blog pegi sini.
Posing kemahen2.
The main purpose of coz sbb i suka sgt part2 sejarah ni semer.
So otw nak pi Ipoh sabtu aritu,
Suami i proud sgt bawa i singgah sini.

:: Tiket masuk RM5 for warganegara. Foreigner RM10 per entrance :: 


Jom kita baca sejarah sikit about this KELLIE'S CASTLE.


Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.


:: William Kellie Smith. Ni lah owner castle. ::

:: Agnes ni wife to William Smith ::
 
Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

:: William Kellie Smith with Agnes ::

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.

:: Salah satu ruang tamu dalam Kellie's Castle. Tapi rasanya bukan perabot asal. Allahua'lam. ::

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.

Istana ini dibuka kepada kunjungan awam 
dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari).
Note : Exit tol plus Gopeng. 
Terus je ikut signboard. Senang sangat baituhh,,,
Let's layan pic i plak kat castle ni.
Mesti u ols gigil2 teruja kann??
amek nah amek.. hahahha 

:: Sibuk je taw geng2 sblh kanan tu. tggu lah i abis snap dlu. ilang peluang i nak posing maut kat word dia. Untung2 leh tukar header picture ke kan... huhuhu ::

:: Entrance. Kena seberang bridge dulu :: 

:: The bridge ::

 :: Arrow ::

:: Ni old building asal rumah diorang before dia buat kellie's castle ni ::

:: Ni terowong misteri. Ala2 terowong berhantu. Mengikut cerita, ada yang nampak lelaki mat salleh merenung kat tepi balcony tiap2 malam..::

:: Who is William Kellies Smith??::

:: Lupa la bilik apa. Bilik sembahyang ke apa tah??::

:: 2nd floor..ada serambi luass ::




2nd Chapter : LUMUT,PERAK

From Kellie's Castle, Batu Gajah..
Suami i terlebih pemurah pi pelawa nak ke Lumut.
I yg buta geografi ni, YES kan aja.
Rerupanya jawuhh ko. about sejam jg la.
Dah la pi lumut tadek parking.
Just curik2 park kat tpt OKU skjp je, turun and beli segala mak nek sotong2.
And ikan bilis tuk mak. Total ada la dlm RM130 gitu2.
Cepat2 blah takut kete kena clamp.
Itu je ? I nak singgah pose2 kat Jeti Lumut pun tak dann!!
Hoiii wat becak ketiak je! Jawohhh ni. Gggrrr.
Singgah makan kat 1 kedai along the way lumut tu.
Eh not bad kooo lauk2 dia sedap2. berperasa.
Air pun bayar sekali pastu leh topup bebanyak kali.
Kan itu kegemaran saya??


:: Husband's. Ikan nyoknyok masak kari dia dap wei. Ikan dia gumuk/obesiti. share dgn aku pun terlebih2 lagi ::

:: Mula2 i nak amek ikan kari tu juga. pastu suami suh share je dgn dia. so i tambah ayam masak merah, hati 2 ketol n tauhu jepun. makan ni semer RM15 je ko! dah la sedap2. Sayangnya lupa nak snap nama kedai, tuk panduan reader i tercinta yang bertiga ketol itu. hahahhaa. ::

3rd Chapter : IPOH

Dah makan, terus shoot p Ipoh and check in.
Dapat Heritage Hotel je.
Cuti2 skolah ni kemain pandai Ipoh ni skrang.
Semua hotel pun dia nak fully booked.
Tinggal yg 'suite2' je.
Eh i nak tumpang tidur je. 
Lain lah la mmg purposely nk enjoy hotel pnya facilities.
Mcm kat Hatten Melaka dulu....
So Heritage ni not bad juga la.
Thru agoda RM180 je included bfast for two.


:: Bilik kami yg tingkap dia berbicu2 tu ngadap Ipoh Town ::

:: Toilettries ::

:: Bilik sedang2 elok je.. just nice ::


:: Petang pi cari makan kat area Dataran Ipoh ::

:: I tersuka plak pic ni.. bestnya nyandau kat peyut laki i.hahaha. babacakkk!! ::



:: background Majlis Bandaraya Ipoh ::


 

:: Posing merembes bau ketiak ::

:: Sotong kangkung dia dapp. kangkung dia krap krup krap2 ::

:: adoii win gila char kuey tiaw dia.. rasa dia sederhanaa sangat tapi kenaa je... nakkkk lagii!! ::

:: the best yong tau foo in town lahh!! minta yang goreng punya taw! amek yg tauhu2 lebih sikit ::

:: Lepastu minta sup dia asing. jgn rendam semua. bila nak makan sudukan dgn sup..aduiiiii mak mertua lalu memang tak hingin menoleh dah ni!! *deep*. hahahah ::

:: Pemenang air ptg tu. jagung tiga layer! hoii sedapp lemak merduuuu. tampo kang! ::

:: Kalau koang p dataran ipoh, kat depan2 padang tu ada byk gerai deret2. koang cari JAKAS YONG TAU FU SUP ni...insyaallah tak mengecewakan! :: 

:: Malam tu singgah Gerbang Malam. tadek apa sgt pun..ala2 donton kat KL ni ha melambak.. just membunuh masa. iyah2 mati kau masa!! ::

:: Esoknya bfast kat cafe hotel. Sedap2 dia nya pnya food. ::

:: mi sup dia pun beginiiii.. walau rasanya simple tapi dapp nya lahai..hirup slurp slurp.. :: 

:: Tak penah2 umur i makan nasi lemak kat hotel..kali ni i tertewas. sbb kari ayam dia dappp nyaa. kuah dia tak pekat pun.. eh smua lah kau nak kata sedappp.. pfftt ::


:: menu penutup. half boiled egg... dapp weiiii. rasa telur! hahaha ::

:: Dah bfast, lepak2 bilik. 11am checkout ::


:: Dah check out, gigil mencari choo cheong fun!! dah 35thn idop..baru kali ni dpt makan weii! choo cheong fun ni, ala2 mcm dimsum/dumpling dia pnya tepung,. tapi dia buat pjg2 mcm kueytiaw n inti dia udang seketul2. Makan dgn kuah kicap cair ni. sedapp weii... sepinggan RM4.50 je. gambar gegar sbb parkinson dapat mkn choo cheong fun! hahaha ::

:: muka onggatal! hahaha ::

:: laki i ni kemain eksen, sikit pun tanak order apa2. ujung2 dia yg kasi perabih! i mmg dah faham pangai dia ni. sbb tu i yg order kan siap2. huhu ::

4th Chapter : Kenduri kawen staff suami @Dewan Bandaraya Ipoh

:: kami antara tetamu awal. Kol 12pm dah terpacul. Best woo sbb lauk dia panas2 lagi..::

:: orang tak ramai lagi, moh kita selpiaq sehenjut dua.. ::

:: pelaminan. Pengantin 4 ni... ::

:: Door gift. cerr teka dlm dia ada apa?? yeahhhh TWIGGIES gardenia. hahah. kotak kemahen hensem. takpela, tetap terima kasih ye pengantin; Suhana & pasangan ::

:: Dah kenyam mkn mcm2 dari pagi, main rasa2 je lauk dia.sedap nasi diaa.. lembut wangi je.tu kurma daging tu dah jadi rare skrang. jarang org buat dah. sedapp kurma diaa.. ::

Dah kenyang makan, tggu la kejap kot2 dann jmpe pengantin.
Sekali pengantin dtg kol 1.30pm nnt.
So moh la kita gerak balik. Esk nak keje.
Jmpe mak + bapa pengantin. Salam2.
Lepastu dia tanya nama suami i...
"ooo ni en.z*inal ye?? boss suhana?? ada dia cerita aritu? ni pun 'baru' juga ye??"
haah laki ak jawab. baru setahun lebih.
"alahaii tahniahh juga la.. berseri2 lagi (sambil pegang aku)."
haa nmpk tak? seri? itu je aku nak cerita.
kah kah kah.


:: Otw balik singgah solat kat Restoran Jejantas Sg Buloh. Singgah pekena A&W float and waffle with ice cream. A&W ni kan susah nak dapat skrang. Bila jmpe, semua benda nak. Conney dog nak. Ayam goreng dia nak. Pakal je perut dah ketat. ::

About 4.30pm reached home.
Home cuwit home.
Rest rest rest.
I rasa happy juga dapat cuti2 adhoc mcmni.
Tak plan apa sgt. Main redah je.
Tayah lama2. Dapat semalam pun jadi lah.
Lama2 pun bkn nak buat apa ye dok?

4 comments :

No-In said...

kemahen lame ko edit n3 ni. akhirnye sblm ko cuti ko berjaya post. geram je aku nengok pangai si yong tau fu tu. biaseeeee die tuuu. nk kene babap?

Nur Aishah said...

ya ampun jenuh aku nak mengabih n3 ni jah oii.
Sambil makan2 pg tadi, terkial2 ak menaip.
Patut ada mcm2 lagi ak nk ceceh kan...
tapi ok kot.. before i go to leave.
Yeayyy.. bye no-in.
Kita jmpe new year nnt eh?
jgn rindu2an jadi kenang2an kat i sgt taww..
muahss ciked

Jepun Mari said...

half boiled egg tu mengancam sgt,berjoget2 pulak dia dpn kitew..
rasa mcm kita pulk yg penat jln2, dari kl smpi ke utara..
have a nice holiday..jgn lupa jajan kita..muahhh 1000x kali hahahhaa

Nur Aishah said...

patut la tanya i cuti sampai bila kan?
rupanya nak komen kat sini. kah kah kah.
cuti pjgg kali ni tanak g memana.
nak kemas rumah. nak cari mood baru for new year!
lagipon jemm ko...cuti2 ni.. org mengemut2 mcm ulat t*ik.
huhuhu.. doa2kan RAYANI AIR buat sale gila2.
leh i p KB weeknd ni..hehe.
slamat mem-print baucar zie!!