Friday, March 04, 2016

HONG KONG; DAY 1

2 comments :

Selepas sebulan lebih...
Gagah2 la juga ni nak meng-update cete HONG KONG.
I cuba la my best to re-call balik ye.

 Bismillahirrahmanirrahim..

Intro :
I pegi HK from 16-21 Januari 2016.
Basicnya,atas urusan kerja suami I.
Suami i start keje on Monday 18hb.
So ada 2 hari la juga masa dia nak teman I,jalan. Hehehe.
HK time I pegi, winter season.
tapi tadek salji. 
Suhu time ni dlm 11-14 celcius.
Cukup sejuk dah kot bagi kita kan??
Waktu @HK sama dengan waktu malaysia.
So tak payah nak pusing2 adjust2 jam ok!
Currency : RM 100 = HKD 188.40

Journey begins on  16 Januari 2016(Sabtu).
Flite pagi, dlm kol 9am.
Maaflah I mmg tak catit details.
Belum sampai tahap blogger tegar lah ni. huhu
So dah sebulan lebih, halal je lah ye la lupa there and there.
Macambiasa lah, kalau fly oversea memang naik MAS je.
Sbb ada TV. Kah kah kah. tah hapa2 reason.
Gila bosan wei kalau nek AirAsia,tadek TV.
Flite 4-5hrs, apa mau bikin kannn??

Lepas Subuh, call cab. Guna applikasi MyTeksi.
45min sampai KLIA, checkin luggage.
Bfast dlu @OldTown White Coffe.
And selpiaq dilupa jangan k!
hahhahahaha.


 
::Kembang2 idung epi nak pi Hong Kong kau kan?? ::



 


:: Cuba teka mana I pnya??? hahaha. Ahmad Maslan pun tau jawab tau. bodoh sgt rasanya soalan ni. hahah..takkan lah kak esah makan roti? eh celah gigi sgt tu. tuuuu nasi lemak sambal sotong tu, baru matching dgn size tank! huhu ::

:: @balai berlepas ::

:: Transit train to international flite ::

:: Tada.... datin Wan Abe in the house yauuu!! ::

:: Flite ni bkn airbus rasanya, sbb seated dia 3,3 Masa p China n Bali seat dia 2+4+2  ::

:: Cembiasa MAS menu mmg i tak bekenan. sorry lah ye! Ni suami i pnya, dia td kan makan roti je? so dia qada' nasi lemak MAS. Eh licin pulak tu. ko dh kenapa bang?? ::

:: Spaghetti. baru lah esah! ada ke makan nasi lemak atas flite?? tak pelancong lahhh!! huhu. diet coke nmpk? bagus, tu mmg fav drink si gajah ni while boarding ::

:: Sedappp nak MAM ok muffin ke ciskek ke hapa tah menatang ni... ::

:: dah bosan tgk movie, buka journey info plak... time ni tgh lalu vietnam ::

:: dah nak sampai,tacap kak ton oiii! nampak tu merah menyala? I tenyeh liptik fame;code desire. barulah mood Hong Kong marrrriii nak2 CNY time ni. hehee :: 

:: Oh ye, HK airport tepi laut ye. HK kan pulau. ::

:: yeay dah nak sampai ::

:: Safely landed. Alhamdulillah ::

Penerbangan took about 4-5hrs. 
Landed je, terus naik bas.
Depa transit by bus to terminal building.
Mcm KLIA tadi kan i naik train kan? kat sini naik bas.
Kita WIN kat situ. 
Tapi best naik bas ni kan, dia lalu bawah2 sayap kapalterbang.
hahaha. bila lagi kau nak lalu bawah perut kapaterbang kan??
lalu bawah ampaian baju dah biasa ye dok??



:: Walking to imigresen counter ::
 
Then que pjg juga la kat imigresen.
Alhamdulillah lepas...
Cumaaa ada insiden luggage hilang piula!
Againn????? huaaaa

:: Time ni tak tau lagi luggage sudah gone!:: 

Alkisah....toyyyibbbb...
Kami bawa 2 luggage...


Luggage yg cekelat ni 2nd luggage kami lah.
Yg tu dapat, settled.
Yg purple ni pulak hilangg!!
lama giler tggu dia pusing2.
Sampai ke sudah mmg tadek ok!
Mmg frust sgt. Aritu dah jadi sekali kat Bali.
Ni jadi lagi??? dah la yg purple tu our main bag!
smua ada dlm tu..atok ngan tokwan je tadek... hehe. 
Suami i dah monyok dh n dia nk p buat report.
I ni bijak sikit(tak bijak,byk! hahaha).
I ada nmpk seketol beg kaler purple.
nak iras dgn beg kami dok berlegar2 pusing2 abandon kat situ.
Hati i mcm rasa, ADA ORG SALAH AMEK BEG NI.
I angkat beg tu. Ada tag siap dgn no.phone HK lagi.
Good. I suruh suami i call.
I takleh buat call,sbb hp i tadek roaming.
Sambil tu pegawai2 airport doang dah start kerumun kami.
Suami i call, org tu tak reti cakap english.
Suami i minta pegawai tu cakap kan cino. 
Dia tanak. wapuchitauu btol!!
Pehal tanak?? dia seboleh2 suruh isi form.
I kata kat dia, mmg sah la org tu dah salah amek beg.
Sbb dia dah kluar, tapi beg dia ada kat situ lagi,kan???
baru dia nk cakap dgn org tu.
and..SAH MMG DIA TERSALAH AMEK BEG!!!
Hanginnn taufan barat daya lah i!
yg suami i plak sibuk nak isi form!
tayah la form2, nnt makan hari baru nak dpt!!
Kita settle luar je lah kan??? 
I je yg byk cakap time tu. I dah tak lalu nak hilang beg lagi!
takkan nak soping baju, sepender bagai lagi kan??
So kna tggu pulak cina tu patah balik.
Apa pnya b*ngang kan? amek beg tak check kan?
Sebaik tak lama sangat nk tggu.
(sebaik i yg cepat bertindak kan?? ohh brilliant nya esahh!!Syabbas bettih bahiyahh!)
sekali kau nak tau? tu cina Malaysia ok!!
Kalau tau,awal2 ak dah "hello apek aaa..u sulah amek beg gua mehh!!".
pffftt..... 
Kami amek beg and blah.
Dia dah say sorry. Apa nak kata kan???
takkan nak tempeleng beliau plak kan? hehehe
tapi diorang kena amek beg doang kat security.
Jeng jeng jeng. Yela, ala2 kesalahan la juga amek beg orang kan??
Bye2 apek. wa jalan dulu .... :p

:: Took a cab to hotel. Dari airport to hotel about 1hrs juga la. Ala2 KLIA to KL juga gamaknya ::

:: HK mmg melambak la PORT kan?? :::

::Semedang lalu kat port/pelabuhan. ::

Alhamdulillah sampai hotel. checkin dalam kol 2pm.
Hotel Courtyard marriot,Sha Tin.
4****. Selesa and kat bawah dia ada mart!
which is i is loike sangat!!!
senang hidup haku! 

Explore bilik hotel jap jom?
 
:: Iye, tandas dulu kita hadap k! hahaha. sbb masuk2 je kan jmpe tandas dulu kan? so no water hose nampak? dah leh bayang kan betapa sukar nya hari2 yg akan dilalui tuk berak kann??? bertabah lah ye! hahaha. ala hotel oversea mmg la mana nak cari hose wei??? siap la botol mineral. Dah siram lebih kurang, pi la kat shower bilas. hahaha. keji giler bab istinjak pun nk cete. kata nak sharing kannn??::

:: Shower best. ada rain shower lagi. tak snap plak pic dia. air laju. bagus ::

:: kbykan toilet oversea mmg style cenggini. see through punya pesen. walau pun laki bini, takkan ko nak buka blind kan?? ada la malu juga kan? ke koang tak malu? hahahha.  ::

:: I pun tak tau motif amek pic ni? hahhaha. paseghah je lah ye ::

:: I mmg admirer nak buat bilik air kayak gini. Shower and tandas ada pintu. takde la becak belendiq kan ::

:: complimentary toilettries dia dlm kotak cantik cenggini k. ::

:: Pintu bilik air dia glass ok. berat gilak nak tolak. cantik piula tu ::

:: Cak! beyakkk eh?? :p ::

:: standard katil hotel. tak hempuk bkn hotel lahh kannn! ::

:: Haa camni la 'see through' nyaaa... ::

:: TV besar, best. ::

:: Work station ::
 
:: Entrance ::

:: Ha cenggini dia pnya view. Kat Foshan dlu pun ala2 cenggini jg. Diorang suka buat hotel ada cermin besar gini. Manfaatkan view yg cantik kot kan?? saya suka! Kerusi hijau tu, port fav i. Pagi2 lps suami p keje, i duduk ngaji situ. Duk online situ. Ya Allah mendamaikan!! Bumi ciptaan Allah kan?? ::

:: Ni view from hotel ::

:: Rumah kat HK kan byk style 'tadek tanah'. sbb kepadatan penduduk. ::

:: Semua sudut lah i snap ::

:: nampak sungai kann?? ::

Dah wash-up2, suami i solat(i off..apadaaaa p jalan off plak! Spoil!!haha).
Lepastu kami took cab pegi shopping complex terdekat.
New City Shopping Mall.
Ni mall baru buka. Standard juga.
tak berapa besar,tapi semua ada!
designer2 boutique melambak.
Channel, MiuMiu,Ferragamo, LV,Prada smua ada.
Buat apa i nak masuk butik2 gitu kan?
I biasa pi beli kat Milan terus. kah kah kah. Puiii angat!!
Ko nak tau, kat dlm tu, I and laki i je yg 'belengging'!
mean tak pakai sweater/coat!!
giler kebal!!!
Sbb tak bajet sejuk cenggini. 
So jom lah kita masuk Uniqlo.
Ni je tarap2 kita bang... *lapAimata*

:: HK Uniqlo ::

:: CNY promo. SALE!! Giler murah2 sweater and coat diorang. Tapi kami amek soang seketul dua. (I ada update pasal sweater tu here).   Later sempat dtg lagi kan kalau nak topup barang seketul dua ye dok? ::

:: dah sarung sweater, jom kita p jalan. Cumei bas2 doang. Sontot2 pendek2. hahaha. Tuuu nampak tanje i tgh usyar2 line!  ::

:: Ni map MTR diorang. senang giler nak faham. Dunwori,ada tulisan rumi. kalau smua bantai tulisan cina, i duk dlm hotel je laaa.. hahhhaa. I tak tau mcmna nak bagi tips about MTR diorang. Rumit nak cakap.tapi senang je kalau pi nanti. sbb dia based on your location and to where? Laluan dia ikut kaler. Senang sangat nak follow. Yg penting kena tahu kamu dari mana and nak kemana? then follow the route. Lepastu bila dh sampai, before exit station,kena tau apa nama tempat yg korang nak pegi, nanti ada byk Exit. Cth Exit A,B,C...H. Kat setiap exit tu ada dia letak senarai tempat2 apa yg fofular kat area situ. Cth. Exit A ada timesquare, sogo,pertama. Exit B ada KLCC,Chow kit bla bla2. gitu. So jgn salah exit, nanti boleh buat sesat. Mana tempat nak pegi?? ha yg tu kena survey2 internet la. Buat itinerary siap2. Insyaallah smooth! ::

So malam tu kami amek train to  Tsim Sha Shui.
Terhangak2,terbangang2 juga la.
Asalnya nak cari halal food kan?
Ikut address dlm website, dekat2 area situ.
Call restaurant,haramm diorang nak faham.
Susah btol kan?? bila diorang lgsg tak practic english.
Sikit2 pun ok la jg. Ni langsung tak leh nak guided ke hapa ke.
Frust btol!!!

:: LV melambak2 kat sini. Kaya2 btol org hong kong ::

Ujung2 kami amek cab, to Sentral.
Suami ajak tgk 'lampu menari'.
Lapar,tahan dulu...
Suami i dah penah pi HK dlu. 
Dia tau and igt juga la sikit2 tempat best kat HK.

:: Ni laut tawww. depan tu building2 dia semua ada lampu, pic tak clear sgt, sbb sejuk and kabus. Nanti tepat kol 8pm, ada bunyi music kuat. Nanti lampu kat building tu mcm ikut rentak music tu. nice sangat!! maaflah x dpt nak show cemana rupa nya. ::

:: Suami i ada amek video ::

:: Boleh juga naik boat kalau nak, boat dari island ::

:: Posing patah pinggang i rasa.. ::

:: auuummm ::

:: sejuk kemahen time ni. babat i pun tak mampu menghangatkan i! ::


:: Suami i kan sayang i ..so sikit2 "yang2 diri situ yang". ke kau yg paksa dia snap?? hahahhaha. koang pilih jawapan senirik! :p :: 

:: time ni hujan renyai2 dah..Sebaik bawa payung hotel :: 

Dah hujan time tu, perut giler lapaarr! 
Yelah last makan, time dlm flite kennnn.
Kali ni dekat ngan area Nathan Road.
Nathan Road ni byk Halal Food.
So akhirnya jumpe laaa..Pakistani.
Jadi laaa.. 
Kat sini, kedai2 halal mmg kat tkt 3-4 k.
tadek kat ground. Mahal kot sewa.
Ko kena menapak naik tangga.
Ala2 flat2. kecik2. sempit2.
Mmg seremmm.
Tiba2 dah masuk kedai dia.
Dont ever expect lah kat tempat orang kan???
Tapi restaurant malam ni cantikkk.
Luar huduh ya rabbi. Masuk2, not bad.

:: roti ni dia provided ::

  
:: Laki i dh nk jadi hulk sbb lapor. ke i yg jd shrek siap2 dah?? hahaha ::

:: Lapar nasi, tadek mood nak makan pakistani2. so order seafood fried noodles and seafood fried rice. Sekalii portion dia bapak besar!! kena senduk masuk pinggan lain,ok! Total i rasa dalam HKD 250. So lebih kurang RM125.00 Boley laa..apa nak kata,ye dok?Currency kita kan tgh jahanam merudum ::

  :: Bila dah terlalu capik, makan pun terkuis2 je kannn?? nak tilam2!! :p ::

Balik naik MRT semula to Sha Tin station and sambung amek cab to hotel. 
Sampai bilik, wash-up2 and belumba2 panjat katil.
Tutup cete hari pertama in Hong Kong.
Tidur ontok2, esok nak pegi Disneyland.
Hoyehhhh!! (umur kau berapa ni esah???)

Tunggu Hong Kong Day 2 bulan depan plak k.
Hahahahaha






2 comments :

Jepun Mari said...

apo kemahen lama sgt nak tggu next entry bln dpn plk..
hentak-hentak kaki tanak tawan

Nur Aishah said...

hahahaha.. ni pun rebah bangun,rebah bangun nak nyiap entry.
upah kamu hapdet kan lah..hahahha